Produk ini akan membayar pampasan kepada anda semasa perjalanan bagi Kecederaan Tubuh Badan
akibat Kemalangan, yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain yang
mengakibatkan anda mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani perubatan atau
berlakunya kematian. Pampasan akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil anda yang
sah.
PAKEJ YANG DISEDIAKAN ADALAH:
Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui?
Had umur
3 tahun sehingga 65 tahun
Kepentingan Pendedahan
Anda mestilah mendedahkan semua fakta material yang anda tahu atau patut tahu, jika tidak, Sijil Takaful
ini akan dianggap tidak sah.
Pampasan / Tanggungan
Kami akan membayar pampasan di atas kematian atau kecederaan (Hilang Keupayaan Kekal)
berdasarkan kepada “Jadual Manfaat” yang disertakan di dalam Sijil Takaful. Walau bagaimanapun
tuntutan untuk rawatan perubatan, pampasan anda adalah berdasarkan pengembalian jumlah perbelanjaan sebenar tertakluk kepada had yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. Anda tidak dibenarkan
membuat tuntutan berganda bagi perbelanjaan perubatan yang sama.
No comments:
Post a Comment