Produk apakah ini?
Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan anda dan kandungan di dalamnya dan melindungi
kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang
dinyatakan dalam Sijil Takaful ini.
#Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan?
Sijil Takaful ini melindungi:
Kerugian atau kerosakan bangunan anda atau kandungan di dalamnya yang disebabkan oleh
kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik;
Kerugian atau kerosakan bangunan anda atau kandungan di dalamnya yang disebabkan oleh
pesawat udara, kenderaan atau binatang, pecahnya atau melimpahnya tangki, peralatan atau paip
air rumah, menceroboh masuk atau pecah masuk oleh pencuri, angin ribut, gempa bumi dan banjir;
Kehilangan sewa;
Liabiliti kepada pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah anda;
Harta dipindahkan sementara, kecuali untuk jualan atau untuk pameran atau ke tempat simpanan
perabot;
Kerosakan pada cermin;
Pampasan terhadap kecederaan maut yang berlaku akibat kekerasan ketara oleh pencuri atau
kebakaran;
Harta orang gaji.
Anda boleh melanjutkan perlindungan ke atas risiko berikut dengan membayar Sumbangan Takaful
tambahan:
Penenggelaman tanah, tanah runtuh, rusuhan, mogok dan kerosakan niat jahat, kebakaran belukar /
lalang, kerosakan akibat pokok atau dahan pokok dan objek yang tertumbang;
Kerosakan disebabkan oleh hurikan, siklon, taufan atau ribut angin kepada cerobong asap logam,
bidai, kajang, papan tanda dan lekapan atau lengkapan luar yang lain termasuk pintu pagar dan
pagar;
Perubahan, pembaikan dan penambahan;
Perlindungan dilanjutkan ke atas kecurian;
Penambahan had liabiliti kepada pihak ketiga akibat kemalangan di rumah anda.
Tempoh perlindungannya ialah selama satu (1) tahun. Maka, anda dikehendaki membaharui Sijil Takaful
anda setiap tahun.
No comments:
Post a Comment