Tuesday 19 May 2015

PERSONAL ACCIDENT

Produk apakah ini?

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat Kemalangan yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain mengakibatkan anda mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani rawatan perubatan dan/atau pembedahan atau berlakunya kematian. Pampasan ini akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil diri anda yang sah.



KEMBARA TAKAFUL @ TRAVEL TAKAFUL

Produk apakah ini?

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda semasa perjalanan bagi Kecederaan Tubuh Badan akibat Kemalangan, yang mana kecederaan ini sepenuhnya dan bebas dari apa-apa sebab lain yang mengakibatkan anda mengalami hilang keupayaan atau menyebabkan anda perlu menjalani perubatan atau berlakunya kematian. Pampasan akan dibayar kepada waris anda yang dinamakan atau wakil anda yang sah. 




PAKEJ YANG DISEDIAKAN ADALAH:



Apakah terma dan syarat utama yang perlu diketahui?

Had umur 

 3 tahun sehingga 65 tahun Kepentingan Pendedahan 

 Anda mestilah mendedahkan semua fakta material yang anda tahu atau patut tahu, jika tidak, Sijil Takaful ini akan dianggap tidak sah. Pampasan / Tanggungan 

 Kami akan membayar pampasan di atas kematian atau kecederaan (Hilang Keupayaan Kekal) berdasarkan kepada “Jadual Manfaat” yang disertakan di dalam Sijil Takaful. Walau bagaimanapun tuntutan untuk rawatan perubatan, pampasan anda adalah berdasarkan pengembalian jumlah perbelanjaan sebenar tertakluk kepada had yang dinyatakan di dalam Sijil Takaful. Anda tidak dibenarkan membuat tuntutan berganda bagi perbelanjaan perubatan yang sama.


PA PERMATA TAKAFUL

Produk apakah ini?

Produk ini akan membayar pampasan kepada anda bagi hilang keupayaan kekal mahupun kematian yang berpunca dari kemalangan.




HOUSEOWNER/ HOUSEHOLDER TAKAFUL

Produk apakah ini?
Produk ini memberi perlindungan kepada bangunan anda dan kandungan di dalamnya dan melindungi kerugian atau kerosakan akibat kebakaran, kilat, letupan, banjir, paip pecah atau oleh apa-apa Peril yang dinyatakan dalam Sijil Takaful ini.



#Apakah perlindungan/manfaat yang ditawarkan? Sijil Takaful ini melindungi:

 Kerugian atau kerosakan bangunan anda atau kandungan di dalamnya yang disebabkan oleh kebakaran, kilat dan letupan yang berpunca daripada gas yang digunakan untuk tujuan domestik;

 Kerugian atau kerosakan bangunan anda atau kandungan di dalamnya yang disebabkan oleh pesawat udara, kenderaan atau binatang, pecahnya atau melimpahnya tangki, peralatan atau paip air rumah, menceroboh masuk atau pecah masuk oleh pencuri, angin ribut, gempa bumi dan banjir;

 Kehilangan sewa;

 Liabiliti kepada pihak ketiga akibat kemalangan di dalam rumah anda;

 Harta dipindahkan sementara, kecuali untuk jualan atau untuk pameran atau ke tempat simpanan perabot;

 Kerosakan pada cermin;

 Pampasan terhadap kecederaan maut yang berlaku akibat kekerasan ketara oleh pencuri atau kebakaran;

 Harta orang gaji. Anda boleh melanjutkan perlindungan ke atas risiko berikut dengan membayar Sumbangan Takaful tambahan:

 Penenggelaman tanah, tanah runtuh, rusuhan, mogok dan kerosakan niat jahat, kebakaran belukar / lalang, kerosakan akibat pokok atau dahan pokok dan objek yang tertumbang;

 Kerosakan disebabkan oleh hurikan, siklon, taufan atau ribut angin kepada cerobong asap logam, bidai, kajang, papan tanda dan lekapan atau lengkapan luar yang lain termasuk pintu pagar dan pagar;

 Perubahan, pembaikan dan penambahan;

 Perlindungan dilanjutkan ke atas kecurian;

 Penambahan had liabiliti kepada pihak ketiga akibat kemalangan di rumah anda. Tempoh perlindungannya ialah selama satu (1) tahun. Maka, anda dikehendaki membaharui Sijil Takaful anda setiap tahun.

Monday 18 May 2015

BISMILLAH



"Dengan nama Allah, yang Maha Pemurah, lagi Maha Pengasihani"

Aku bersyukur pada-MU Ya Allah..

kerana tidak terkira nikmat yang engkau berikan padaku..dari aku kecil hinggalah hari ini..

aku memohon pada-MU ya Allah, berkatilah kerjaku ini Ya Allah, iaitu sebagai agent

takaful untuk aku perjuangkan takaful dalam industri ini..

Blog ini adalah salah satu medium untuk aku berkongsi ilmu dan membantu masyarakat di luar sana

untuk memudahkan urusan mereka..membantu menyelesaikan masalah mereka dengan kurniaan dari

MU ya Allah.. in shaa Allah..